ReformIS

[ Contents | Search ]


Mohamad Ezam beri keterangan kedua

From:
Date: 16 Sep 1999
Time: 01:38:09

Comments

Mohamad Ezam beri keterangan kedua

KUALA LUMPUR, Rabu - Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini memberi keterangan kali kedua di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur berhubung dakwaannya ada dokumen rasmi kerajaan disimpan di luar negara.

Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang ditemani seorang peguam, tiba di perkarangan IPPK Kuala Lumpur pada jam 3 petang dan keluar lewat petang ini.

Kali pertama Mohamad Ezam memberi keterangan kepada polis berhubung perkara itu pada 19 Ogos lalu.

Mohamad Ezam memberi keterangan itu selepas beliau dalam ceramahnya di Kampung Gajah, Perak pada 12 Ogos lalu, mendakwa Anwar dan penyokongnya menyimpan lima atau enam kotak dokumen rahsia kerajaan di luar negara.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandaraya, Senior Asisten Komisioner II, Mat Zain Ibrahim, ketika dihubungi mengesahk


Last changed: September 16, 1999