From:
Date: 16 Sep 1999
Time: 19:58:55
MAHA MAHA SI MAHAFIRAUN ROSLAN SMS Firaun dizaman Nabi Musa a.s seperti yang dikhabarkan kepada kita oleh Allah swt. di dalam Al Quran adalah merupakan pemimpin yang durjana yang sentiasa dan berterusan membangkitkan kemurkaan Allah swt. melalui tindak-tanduk dan sikapnya. Antara ciri-ciri besar sikap keterlaluan Firaun yang dilaknat oleh Allah swt. itu adalah:
1. kezalimannya terhadap umat manusia 2. keangkuhan dan kesombongannya terhadap Allah dan Rasul Nya 3. keenggannya menerima kebenaran walaupun kebenaran itu terserlah didepan mata kepalanya
Baru-baru ini dalam rangka lawatannya ke negeri Pahang Dr. Mahathir menyuarakan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap pihak-pihak tertentu yang menurutnya melabelkannya sebagai “MahaFiraun”, seolah-oleh menggambarkan yang beliau ini benar-benar kejam dan sejahat Firaun, sedangkan sebenarnya beliau tidak demikian. Memanglah kadangkala kita bersimpati melihatkan krisis keyakinan yang dihadapi oleh Dr. M ini sehingga tergamak beliau dilabelkan demikian. Akan tetapi apabila kita halusi benar-benar sikap dan tindak-tanduknya maka memanglah tidak ada label lain yang lebih cocok dan tepat melainkan label MahaFiraun itu dianugerahkan kepada beliau! (Perhatian : selain dari MAHA_thir atau MAHA_dzir, bangsa Melayu tidak pun ada yang tergamak menggunakan pendahaluan MAHA untuk menamakan anak-anak mereka. Oleh itu sebenarnya istilah MahaFiraun itu bukannya bermakna “Raja segala Firaun” atau “King of Pharaohs” seperti yang Dr. M dakwa tetapi lebih membawa maksud - MAHAthirFIRAUN)
Minggu lalu apabila pemberita bertanyakan kepada Dr. M tentang kenyataan PAS (yang dibuta oleh Hj. Husam Musa - SETPOL MB Kelantan) berhubung fakta bahwa Kerajaan Negeri Kelantan tidak mempunyai baki tunggakan hutang (loan arrears) terhadap Kerajaan Persekutuan (tidak seperti negeri-negeri lain yang diperintah oleh UMNO, lihat Harakah keluaran Jumaat lalu), menandakan kecekapan dan ketelusan pentadbiran Kerajaan Negeri yang ada dalam menguruskan kewangan negeri, Dr. M secara sinis berkata: “……………the party is free to say anything they like”. Seolah-olah cuba menafikan fakta yang dikemukakan oleh Husam yang dipetik dari Laporan Kerajaan Persekutuan itu sendiri.
Masihkah kita semua ingat satu ketika dahulu Dr. M telah menyerang parti-parti pembangkang yang menurutnya sentiasa saja membangkang dan menentang sebarang perkara yang dilakukan oleh Kerajaan beliau walaupun pada hakikatnya perkara tersebut adalah baik. Nampaknya kini serangan itu tertuju kembali kepada batang hidung beliau sendiri.
Masihkah Tuan-tuan ingat tentang kisah pertarungan antara Nabi Musa as dan ahli-ahli sihir Firaun di Balai Rong Seri Firaun seperti yang terkandung dalam Al Quran. Apabila ular-ular kecil yang dihasilkan oleh sihir pakar-pakar sihir tadi tiba-tiba ditelan oleh ular yang dijelmakan melalui tongkat Nabi Musa as dengan kuasa Allah swt. Kesemua ahli-ahli sihir tersebut rebah dan sujud kebumi mengisytiharkan keimanan mereka kepada Tuhan Nabi Musa as. Peristiwa ini berlaku didepan mata Firaun sendiri. Lalu apa reaksi Firaun? Beliau marah dengan sikap ahli-ahli sihir tadi yang beriman dengan Allah kononnya tanpa kebenarannya terlebih dahulu lantas diperintahkan mereka dibunuh! Bagaimana pula dengan kenyataan yang turut berlaku depan mata beliau itu sendiri? Firaun menolaknya mentah-mentah tanpa sedikit pun keimanan.
Demikianlah apabila kita enggan menerima kebenaran walaupun ia benar-benar berlaku, sebaliknya kita berterusan dengan sikap sombong dan angkuh kita maka wajarlah kita menumpang sama kehebatan Firaun itu. Tidak pernah dalam sejarah Melayu seorang pemimpin Melayu disamakan dengan Firaun, kini ia berlaku! Satu ketika dahlulu semasa Pilihanraya Kecil di Johor Bharu menjelang penubuhan Parti Semangat 46 ketika Datuk Shahril Samad bertanding sebagai calon bebas menentang UMNO BN, Almarhum YTM Tunku di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar JB, sebelum mengetuai perarakan ke pusat penamaan calon dalam keadaan uzurnya telah mengisytiharkan Dr. M sebagai Firaun Melayu. Antara ucapannya: “……………..inilah dia manusia Firaun jenis manusia busuk perut (sila rujuk videotapenya yang bersejarah itu kepada sesiapa yang ada memiliki)
Dan kini dengan meletusnya pula kes keracunan DSAI Dr. M dan juak-juaknya tetap dengan keangkuhan dan kebongkakan mereka, dengan mereka tanpa sedikit pun pertimbangan dan perikemanusiaan menuduh “foul play” dipihak DSAI dan keluarga! Sekiranya benar tiada apa yang hendak disembunyikan, bahwa bukan kerja kerajaan membunuh musuh politik mereka (lupakan sahaja kes Almarhum Dr. Burhanuddin al Helmi, kes Almarhum Prof. Zulkifli Muhammad, Almarhum Samad Gul, Assyahid Ibrahim Libya) boleh sahaja mereka menubuhkan sebuah Suruhanjaya Penyiasat, dijemput pakar-pakar perubatan dunia menguji dan memeriksa DSAI dengan liputan penuh dari pihak media, jika terbukti tuduhan keluarga dan peguam DSAI palsu, mereka akan memperolehi political mileage yang besar, tetapi jika sebaliknya………………
Kerana itulah rakyat ramai tidak boleh dipersalahkan apabila mereka keluar dengan pelbagai tuduhan dan gelaran terhadap Dr. M, kerana sememangnya Dr. M sendiri mengundang pertuduhan dan gelaran sedemikian, melalui sikap, perlakuan dan tindakannya.
Oleh itu sewajarnyalah beliau bermuhasabah dan mencermin diri sendiri, barangkali ada kebenarannya, akulah si MahaFiraun!
Roslan_s@yahoo.com