ReformIS

[ Contents | Search ]


PANDUAN UMUM BAGI PENANGKAPAN, TAHANAN POLIS DAN JAMIN

From:
Date: 17 Sep 1999
Time: 20:52:33

Comments

PANDUAN UMUM BAGI PENANGKAPAN, TAHANAN POLIS DAN JAMIN

MACAM MANA SAYA TAHU BILA SAYA DITANGKAP POLIS?

Ada beberapa cara. Polis mungkin berkata, "Saya tahan awak", "Awak ditangkap". Polis mungkin juga menggari anda tanpa berkata apa-apa. Polis mungkin juga suruh anda jangan bergerak dari tempat anda. INGAT, Polis boleh gunakan apa saja cara untuk menahan anda. Tetapi setelah ditangkap dan jika anda tidak melawan penangkapan itu, Polis tidak boleh melakukan kekerasan atas anda. Polis boleh periksa anda selepas anda ditangkap. Hanya Polis wanita yang boleh periksa wanita yang ditangkap.

LEPAS ITU?

Anda dibawa ke Balai untuk siasatan. Kalau anda ditahan beramai-ramai anda mungkin dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) di Pudu atau di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jl. Semarak/Jl. Gurney.

BERAPA LAMA BOLEH DITAHAN?

Polis ada kuasa untuk menahan anda 24 jam setelah ditangkap. Kalau Polis hendak tahan lebih lama dari itu, Polis perlukan Perintah Magistret melalui permohonan remand Polis. Ini dibuat di Mahkamah Magistret atau Magistret akan dibawa ke Balai atau Lokap. Masa yang paling lama untuk remand adalah 14 hari daripada tarikh tangkap.

APA KUASA POLIS DALAM 24 JAM SELEPAS TANGKAP?

? Anda boleh dilepaskan tanpa syarat; atau ? Anda boleh diberi Jamin Mulut; atau ? Anda akan diremand lagi; atau ? Anda didakwa.

Polis akan ambil semua barang-barang anda semasa penahanan.

KALAU ANDA DI BAWA MENGHADAP MAGISTRET..

TANYA Magistret sama ada pendengaran adalah untuk remand atau untuk didakwa. INGAT, anda berhak untuk diwakili peguam anda (jika ada). Beritahu Magistret yang anda mahu peguam daripada Bantuan-Bantuan Guaman.

KALAU UNTUK REMAND, anda berhak untuk tahu alasan Polis untuk menahan anda . Minta permohonan Polis, minta FIR (First Information Report) untuk kaji alasan Polis. Jika tak ada yang kukuh, anda harus minta dibebaskan, atau masa remand yang dipinta Polis dikurangkan/dipendekkan. Ingat, anda boleh di bawa ke Magistret untuk perlanjutan remand.

KALAU UNTUK DAKWAAN, tuduhan akan dibacakan. Anda boleh mengaku salah atau tidak. Jika tidak, anda akan dibicarakan. Kalau mengaku, hukuman akan dijatuhkan.

PADA PENDENGARAN REMAND, beritahu Magistret: ? Kalau anda dipukul pada masa ditangkap atau dalam tahanan ? Sama ada Polis sudah ambil statement dari anda ? Sama ada Polis sudah ambil gambar anda

Anda boleh cuba minta Magistret supaya anda dibebaskan atau dikurangkan hari diremand atas alasan seperti berikut:

Anda ada peperiksaan /Isteri hamil/ Anda ada pertemuan urusniaga penting/ Anak-anak atau orang rumah/ ibu-bapa tidak sihat/ Polis tidak membuat siasatan semasa anda ditahan/remand (anda dibiarkan sahaja dalam lokap)/ Anda tidak diberi rawatan doktor (jika anda cedera) dan anda perlukan rawatan/ Anda perlukan rawatan doktor yang tertentu (contoh: gastrik, sakit jantung, kencing manis) dan sebagainya.

HABIS REMAND MACAM MANA?

? Kalau Polis tidak ada kes terhadap anda, anda dilepaskan tanpa syarat. Anda bebas! ATAU ? Polis beri anda JAMIN MULUT di mana anda mungkin: # disuruh hadir di Balai pada hari yang ditetapkan; atau # disuruh hadir di Mahkamah pada hari yang ditetapkan untuk didakwa ATAU ? Anda didakwa. Ini dibuat di Mahkamah. Tuduhan anda dibaca. Anda boleh mangaku salah atau tidak. Jika tidak, anda akan dibicarakan. Kalau mengaku hukuman akan dijatuhkan.

JAMIN MULUT

Keluarga atau kawan perlu hadir di Balai/Lokap untuk menjadi Penjamin. Penjamin tidak perlu bawa wang jamin. Tetapi perlu janji yang wang jamin dibayar jika anda tidak hadir pada tarikh dan tempat yang ditetapkan. INGAT, Waran Tangkap boleh dikeluarkan jika anda tidak ke Balai atau ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.

JAMIN MAHKAMAH

Kalau anda didakwa dan tidak mengaku salah, anda boleh diberi JAMIN MAHKAMAH. Penjamin harus bawa wang jamin tunai pada hari anda didakwa di Mahkamah. Mahkamah akan memberi perintah terhadap bilangan Penjamin dan jumlah wang jamin. Pada amnya satu Penjamin memadai.

PERINGATAN!

INGAT, Polis mesti beritahu kenapa anda ditahan. Polis berhak menyoal anda. Anda berhak UNTUK TIDAK MENJAWAB apa-apa melainkan memberitahu nama dan nombor K/P/ anda. Kalau dipaksa katakan yang anda akan cakap dalam Mahkamah sahaja.

SENARAI BALAI POLIS TERTENTU DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Balai Polis Jl. Stadium tel: 230 2222 faks: 202 3237

Balai Polis Dang Wangi tel: 291 2222 Jl. Campbell/Jl Dang Wangi faks: -

Balai Polis Brickfields tel: 274 2222 Jl. Brickfields faks: 273 0885

Balai Polis IPK tel: 241 5522 Jl. Hang Tuah faks: 232 6786

Bukit Aman tel: 294 2222 Jl. Bukit Aman faks: 298 0503

Balai Polis Wangsa Maju tel: 411 2222 faks: -

Pusat Latihan Polis tel: 298 0733 Jl. Semarak faks: -

Balai Polis tel: 282 2222 Jl. Pantai faks: -

Balai Polis Cheras tel: 984 2222 Jl. Cheras faks: 987 9479

Balai Polis Sentul tel: 442 2222 Jl. Sentul faks: 444 6653

Balai Polis Pudu tel: 985 0222 Jl. Pudu faks: -

PROSIDUR JAMIN MAHKAMAH

Setelah diperintahkan untuk JAMIN MAHKAMAH, Penjamin boleh buka akaun simpanan atas nama Penjamin dengan jumlah yang diperintahkan. Buku ini dibawa balek ke Mahkamah dan diberi kepada Mahkamah sebelum anda dilepaskan atas JAMIN MAHKAMAH. Kalau ada kesilapan pada jumlah wang jamin dalam buku akaun, Penjamin boleh menukar buku akaun. Sila rujuk kepada pegawai/kerani Mahkamah yang bertugas.

WANG JAMIN

Jumlah wang jamin tertakluk kepada Pendakwa Raya dan budibicara Mahkamah. Selalunya dalam anggaran RM3,000. Tetapi bertanya dahulu kepada Pendakwa Raya atau dapatkan nasihat guaman.

PERINGATAN KEPADA PENJAMIN-PENJAMIN

Penjamin boleh meminta Magistret /Hakim untuk mengurangkan wang jamin. Magistret mungkin akan menyoal Penjamin tentang kemampuannya dan / atau perhubungan dan / atau tali persaudaraan Penjamin dengan Orang Kena Tuduh (OKT).

Sebagai Penjamin, anda menjamin kehadiran OKT di Mahkamah pada tarikh bicara. INGAT, kalau OKT tidak hadir, Waran Tangkap akan dikeluarkan dan wang jamin boleh diambil oleh Mahkamah.

Disalin semula dari: SUARAM


Last changed: September 17, 1999