From:
Date: 20 Sep 1999
Time: 20:19:57
Ulasan
Kita menganggap buku ini satu gimik sahaja kerana rakyat telah hilang keyakinan terhadap institusi kehakiman.
Kalau Ketua Hakim Negara sendiri tidak betul, manakan anak-anak buah nak jadi betul. Buatlah buku. Buatlah panduan. Buatlah Etika. Tiada siapa yang nak ikut.
Ini semua kerja tangan halus Si Kepala Taik untuk mengabui mata rakyat.
==================================================================================
KOD ETIKA PETUGAS MAHKAMAH DILANCAR
LUMUT, 20 Sept (Bernama) -- Menyimpan rahsia kerajaan serta bersikap berkecuali dalam kegiatan politik ialah antara 21 peraturan yang tercatat dalam buku kod etika pegawai dan kakitangan mahkamah yang dilancarkan oleh Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin di sini hari ini.
Buku kecil mengandungi 16 muka surat bertajuk "Kod Etika Pegawai dan Kakitangan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan" akan dijadikan rujukan dan panduan mengenai nilai dan etika perkhidmatan di mahkamah.
Eusoff dalam ucapan perasmian sempena persidangan selama tiga hari pegawai-pegawai kehakiman 1999 dan pelancaran buku itu berharap dengan adanya buku itu, kefahaman semua petugas mahkamah mengenai nilai dan etika yang perlu dihayati dan diamalkan dapat ditingkatkan.
Sebelum buku itu diterbitkan, bahan-bahan rujukan dan panduan mengenai nilai dan etika perkhidmatan di mahkamah didapati daripada pelbagai sumber.
"Sebagai sebuah jabatan yang banyak berhubung dengan orang ramai, semua pegawai dan kakitangan mahkamah di seluruh negara perlu memiliki sifat-sifat unggul dan utama seperti amanah, bertanggungjawab, ikhlas, tekun, bersih, berdisiplin dan berbudi mulia seperti yang dinyatakan dalam buku tersebut," katanya.
Eusoff berkata bagi pegawai kehakiman, cabaran masa kini yang perlu tindakan segera ialah bagaimana menyelesaikan kes yang puratanya bertambah sebanyak 25 peratus berbanding dengan jumlah pegawai dan kakitangan yang sama.
"Jika kita tidak berjaya menangani masalah ini, kita akan berhadapan dengan masalah tunggakan kes yang boleh menjejaskan imej Jabatan Kehakiman," katanya. Selain mengatasi masalah itu dengan bantuan teknologi, pegawai kehakiman perlu mengatasinya dengan meningkatkan prestasi, dedikasi dan berkhidmat secara profesional, katanya.
Buku Kod Etika itu yang merangkumi ciri-ciri kewibawaan dan kebebasan mahkamah turut memberi penekanan supaya setiap pegawai dan kakitangan mahkamah menyedari bahawa mahkamah adalah satu badan bebas dalam menjalankan tugasnya. -- BERNAMA