ReformIS

[ Contents | Search ]


Ada kroni minat sektor pertanian.

From:
Date: 23 Sep 1999
Time: 01:32:12

Comments

Ulasan

Rakyat bukan bodoh. Rakyat bukan bahalol. Cuba jawab mengapa syarikat Proton masuk pertanian? Dan kali ini Si Kepala Taik kononnya buat wawasan baru mengenai pertanian.

Ini satu bukti jelas bahawa dia ingin membangunkan pertanian bukan kerana pembangunan negara tapi lebih kepada memberi peluang kepada kroni-kroni beliau yang sudah mengalih haluan kepada sektor pertanian.

Pi mai, pi mai tak tu jugak.

Dia mahu sapu semua.

================================================================================== PM: Sektor pertanian wawasan terbaru kita

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, wawasan terbarunya untuk negara ini ialah memajukan sektor pertanian dengan menjadikan negara ini pengeluar makanan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang mengkaji pelbagai aset negara seperti sungai, tasik, laut dan terumbu untuk digunakan bagi memperkayakan negara.

Beliau berkata, pada masa ini Malaysia mengimport terlalu banyak bahan makanan dan ini membebankan kerajaan khususnya semasa kelembapan ekonomi.

''Wawasan seterusnya ialah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar hasil pertanian,'' katanya pada sesi dialog sempena Persidangan Multimedia Asia (MMA) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya apakah wawasan kerajaan seterusnya selepas kejayaan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Dr. Mahathir berkata, Malaysia mempunyai sumber semula jadi yang banyak dan berpotensi untuk dimajukan bagi tujuan memajukan sektor pertanian.

Sebagai contoh, kata beliau, penggunaan tanah masih belum mencapai tahap maksimum dan kebanyakannya tertumpu kepada tanaman getah dan kelapa sawit yang hasilnya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan penanaman sayur-sayuran atau menternak haiwan.

''Ini masalah yang kita hadapi sekarang di mana penggunaan tanah tidak dilakukan secara maksimum.

''Orang yang ada tanah cuma fikir untuk tanam getah dan kelapa sawit sedangkan hasil dari getah lebih sikit jika dibanding dengan sayur-sayuran atau ternak ayam,'' katanya.

Selain itu katanya, Malaysia juga dikelilingi oleh lautan yang kaya dengan sumber ikan dan masih belum diterokai sepenuhnya.

''Kita ada banyak ikan yang bukan sahaja boleh menampung keperluan sendiri tetapi juga untuk eksport,'' katanya lagi.

Sebagai contoh, kata beliau, di Sabah ada banyak teluk yang sesuai dijadikan kawasan penternakan ikan secara akuakultur, malah terumbu di sekitar kepulauan Spratly yang diduduki oleh Malaysia juga berpotensi untuk dimajukan dengan industri perikanan.

''Kita ada aset yang tidak ternilai yang boleh digunakan untuk tujuan ini, kerajaan sedang meneliti aset-aset itu termasuk segala sungai, laut, teluk dan terumbu untuk dimajukan.

''Wawasan seterusnya ini tidak kurang pentingnya dan Malaysia boleh jadi pengeksport makanan terbesar kalau boleh pujuk rakyat supaya tidak tumpu kepada kelapa sawit sahaja,'' tegasnya.

Katanya, penanaman getah dan kelapa sawit walaupun lebih senang namun ia memerlukan masa yang lama sebelum mendatangkan hasil.

Sedangkan dengan menanam sayur-sayuran dan menternak ikan hasilnya boleh dinikmati dalam masa yang singkat serta jauh lebih lumayan.

Cuma kata beliau, rakyat perlu mengikis sikap malas mereka kerana kedua-dua bidang itu memerlukan tumpuan dan penelitian.

Sementara itu, Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa golongan kurang upaya tidak akan diabaikan dalam setiap bidang baru yang diteroka oleh kerajaan.

Katanya, sesuai dengan konsep masyarakat penyayang yang dianjurkan oleh kerajaan, ruang untuk golongan tersebut terbabit secara aktif dalam pelbagai bidang termasuk teknologi maklumat sentiasa terbuka.

Menurut beliau, kerajaan sedia mendengar pandangan daripada golongan tersebut dan dari masa ke semasa sentiasa membuat penyesuaian terhadap keperluan dan kehendak mereka.

Oleh: SAMSOR JUNET dan AZNAN BAKAR


Last changed: September 23, 1999