From:
Date: 23 Sep 1999
Time: 20:04:21
Pelajar UTM Dizalimi Pihak Pentadbir HUKUMAN TANPA PERBICARAAN SEMAKIN BERLELUASA !
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kepada,
Saudara Sekelian.
Rayuan: Selamatkan Pelajar UTM Dari Dizalimi Pihak Pentadbir ----------------------------------------------------------------
Bersama ini saya kirimkan satu e-mel dari seorang sahabat di Johor Bahru yang prihatin terhadap nasib seorang pelajar UTM yang dikenakan tindakan disiplin secara tidak adil.
Parti Rakyat Malaysia (PRM) membantah tindakan pihak pentadbir UTM itu. PRM mendesak supaya hukuman yang dikenakan ke atas Sdr Ong dibatalkan segera. Sdr Ong seharusnya dibenarkan menyambung pengajiannya seperti biasa.
yang benar,
Hassan Karim Naib Presiden PRM merangkap Ketua Penerangan 23 September 1999
---------------------------------------------------------------------------------------------
Nota: E-mel yang diterima seperti di bawah ini:
Sdr Hassan,
Sdr Ong telah dibicarakan secara haram dan keputusannya amat menyedihkan. Beliau telah digantung semester selama satu semester.
Bicara itu dikatakan tidak adil dan haram kerana ia sememangnya telah melanggar prinsip Pelembangan kita. Ong tidak diberi hak untuk mengetahui apakah bukti-bukti yang menyebabkan pihak UTM mendakwanya. Pada hakikatnya, HEP memang tidak mempunyai apa-apa bukti yang sah. Mereka menegaskan bahawa tujuan 'bicara haram' dijalankan adalah untuk mendapatkan penjelasan tertuduh terhadap kesnya. Ong diberitahu bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa hak untuk bertanya atau 'you have no right to be heard'.
Perbicaraan apa itu. Seorang pelajar di sekolah menengah pun perlu mendapatkan bukti yang kukuh untuk mengenakan tindakan disiplin. Ini universiti pula, satu badan yang dikatakan sebagai menara gading yang melambangkan keilmuan rakyat Malaysia ini.
Saya rasa ini bukan perbicaraan namanya, tetapi satu process pemaksaan peringkat tinggi yang keji. Ini adalah satu process pengfinahan terhadap seorang pelajar. Kini, beliau berada dalam keadaan yang amat emosi dan dukacita. Jiwanya bagaikan dicucuk panah, pahit rasanya. Ahli keluarganya meradang dan lebih emosi daripadanya.
Saya berharap bahawa saudara Hassan dapat memberi sedikit pendapat tentang masalah ini. Saya ingin membuat satu koleksi pendapatan yang membina dalam membantu beliau. Saya telahpun berjumpa dengan beberapa orang peguam setakat ini.Mereka cadangkan untuk mendakwa pihak UTM atas kesalahan dari segi prosedur perbicaraan yang haram dan terpesong daripada Perlembangan.
Sekian sahaja daripada saya.
SK
Menentang Kekerasan dan Penyalahgunaan Kuasa dalam Kampus (21/9/99) Pada penggal satu Julai 1999, seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia, saudara Ong Sun Hwi, kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Aeronautikal yang sedang menunggu kawannya telah disalah anggap sebagai menyertai perhimpunan ‘haram’. Dalam keadaan langsung tidak diberi peluang membela diri, kad matriks pelajar tersebut telah dirampas oleh seorang lelaki yang tidak beridentiti yang kemudiannya mendakwa dirinya sebagai pensyarah. Semasa berada di balai keselamatan, pegawai keselamatan telah menggunakan kekerasan terhadap saudara Ong. Lehernya dicekek dan kepalanya pula ditolak oleh pegawai keselamatan sebagai tanda kemarahan dan ancaman.
Selepas itu, lelaki tersebut bersama-sama empat orang pegawai keselamatan mengelilinginya lalu mengherdik, maki-hamun, menfitnah dan mencacinya semasa sesi soal jawab. Keadaan mental dan jiwa saudara Ong telah diseksa dengan teruknya. Dalam keadaan yang letih dan enggan menimbulkan ketidakpuasan mereka, saudara Ong tidak berani menanya sebarang soalan dan terus menyiapkan laporannya. Oleh kerana Ong mahu menjaga nama baik pihak universiti, beliau telah membuat keputusan untuk tidak membuat laporan di balai polis pada masa tersebut.
Pada 24 Julai 1999, saudara Ong telah membalas surat penjelasan kepada TNC (Hal Ehwal Pelajar) dan menyentuh tentang peristiwa kekerasan yang berlaku terhadapnya dengan harapan pihak universiti dapat membantu beliau. Namun, pihak HEP tidak mengambil sebarang tindakan untuk menolong beliau malah telah membuat keputusan untuk mendakwa beliau atas kesalahan menyertai perhimpuan ‘haram’ pada surat yang bertarikh 15 September. Saudara Ong dikehendaki menghadiri perbicaraan pihak universiti pada 22 September.
Pelajar-pelajar UTM yang prihatin berasa amat terkejut dengan berita ini. Keselamatan pelajar dalam kampus telah diancam oleh segelintir pegawai keselamatan dan pensyarah. Kekerasan dalam kampus menunjukkan hak dan keselamatan pelajar terus diabaikan. Nampaknya, pegawai lebih suka menggunakan perang saraf ke atas pelajar yang langsung tidak bersenjata.
Hakikat tentang pelajar sering menjadi mangsa kekerasan pihak pentadbiran IPTA memang nyata.
Dalam usaha kerajaan mewujudkan masyarakat penyayang, pihak HEP bukan sahaja tidak menyiasat dakwaan penggunaan kekerasan dalam kampus, malahan memilih untuk mendakwa saudara Ong. Ini jelas menunjukkan pihak universiti tidak mementingkan keselamatan pelajar, malah membenarkan pegawainya mengherdik, memaki dan mendera mental dan fizikal pelajar. Pihak polis juga tidak dibenarkan menggunakan kekerasan semasa soal jawab, sedangkan mereka ini hanyalah ‘Pak Guard’atau pegawai keselamatan dalam kampus sahaja!
Pihak universiti perlu mempratikkan prinsi "semua orang adalah sama di sisi undang-undang". Jika hanya pelajar sahaja dihukum, pegawai pula dibenarkan lepas tangan, bagaimana reaksi pelajar terhadap keikhlasan dan ketelusan pihak universiti. Pendakwaan secara ‘Double Standard’ini menunjukkan pelajar hanya merupakan "second class citizen" dalam kampus. Pegawai terus bermaharajalela.
Kami berasa kami telah hilang jaminan keselamatan dalam kampus dan hilang keyakinan terhadap keselamatan kampus.
Kami meminta supaya: 1. Kementerian Pendidikan segera menyiasat pihak yang terlibat dalam perkara ini, dan menghukum pihak yang menggunakan kekerasan serta pegawai yang mendakwa secara memilih.
2. Pihak polis patut menyiasat kes ini kerana pihak universiti jelas gagal menjalankan tanggungjawabnya.
3. TNC (HEP) patut meletak jawatan kerana dia bukan sahaja tidak mengambil berat tentang perkara yang menimpa saudara Ong malahan mendakwanya. Kementerian Pendidikan perlu menyelesaikan kes ini dengan lebih terbuka.
Kami juga mengharapkan perbicaraan pada 22 September akan memberi peluang kepada saudara Ong untuk membersihkan namanya. Kami mahukan perbicaraan yang adil dan terbuka.
Penyataan Akhbar dibuat oleh: Gabungan Persatuan-persatuan Mahasiswa UTM.
-------------------------------------------------------------------------------------
Urgent Appeal!
Dear concern Malaysian,
Brutality and Power Abuse: Now happening in campus!
We are a group of student organizations from UTM. We would like to highlight the above issue at our campus. As stated in the above article, we as a concern residence of UTM would like to appeal to all the concern Malaysian to condemn the power abuse and the brutality of the authority of UTM.
You can be one of the concern citizen and contribute your support to save him.
What You Can Do:
1. You can write a letter or email or fax it to the HEP of UTM as soon as possible expressing your disappointment and concern to the matter, and
2. You can write a letter or email or fax it to the HEP of UTM as soon as possible to condemn the power abuse and the brutality of the security force.
3. You can write you can write a letter or email or fax it to the Police Headquarter at Bukit Aman to call for an investigation.
4. You can write a letter or email or fax it to the TNC of UTM urging him to resign for his disability in protecting student life.
*Name and contact:
I. Prof. Dr. Dzulkefly (Timbalan Naib Cansellor)
Mohd. Fazilah Bin. Abdullah (Pegawai Disiplin HEP)
Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Karung Berkunci 791, 80990 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-5576160. Ext:2211 Fax: 07-5579385 / 5502491 Email: HEP@utmjb.utm.my
II. Ibu Pejabat Polis Diraja Bukit Aman
Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur. Tel: 03-292 4444 / 22626222 Fax: 03-2980505
III. Kementerian Pendidikan Malaysia
Tel: 03-2586900 Fax: 03-2554515
Disediakan Oleh,
Gabungan Persatuan-persatuan Mahasiswa UTM.